20 October 2023

DALAM PENJARA - YASIN SULAIMAN SEMPAT CIPTA 13 LAGU, TERFIKIR UNTUK BERKOLABORASI



"Saya dah siapkan 13 buah lagu dalam penjara, keluar nanti Insya Allah akan rakamkan dan akan kongsikan kepada semua.
"Saya ada juga terfikir untuk berkolaborasi dengan beberapa orang penyanyi untuk merakamkan lagu yang saya gubah."

Itulah tutur penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang berkata, dia berjaya menyiapkan 13 buah lagu ketika berada dalam tahanan penjara sejak Mac tahun lalu.

Tambah Yasin, dia juga sudah terfikir beberapa calon penyanyi yang bakal merakamkan lagu-lagu yang digubahnya itu.

Sementara itu, Yasin turut meluahkan rasa kecewa apabila proses pembelaan tiga pertuduhan terhadapnya tidak dapat diselesaikan.

"Hari ini (Selesa) sepatutnya hari pembelaan terakhir tetapi ada sedikit terbantut kerana pihak pendakwaan ada kecemasan pula," katanya.

Untuk makluman, Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja pada 24 Mac tahun lalu.

         ________________________ JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: