"Saya nak minta maaf kalau hantaran Bella sebelum ini buat orang lain kurang senang, anggap saya kurang matang.
"Saya cuma harap yang terbaik sahaja. Kalau boleh saya dah tak mahu sedih-sedih lagi. Saya pentingkan positif dalam kehidupan. Itu yang saya buat sekarang."
Demikian kata pelakon dan penyanyi Bella Astillah, dimana dia tampil memohon maaf jika kenyataannya berkenaan pelakon Sophia Albarakbah yang hadir ke konsert All Stars Gegar Vaganza membuatkan netizen kurang senang.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Bella turut menafikan dakwaan mengatakan dirinya insecure susulan dia dilihat seperti tidak mempercayai suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang pernah terpalit kontroversi sebelum ini.
Bella yang dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama Aliff itu menjelaskan, dia kini lebih matang serta mahukan yang terbaik buat keluarganya.
"Saya dah tak ada rasa insecure sebab sudah lebih dewasa. Kalau tiada kepercayaan, saya sudah tidak ada dengan Aliff. Saya percaya dia sebab itu bagi peluang kedua," ujarnya.
________________________ JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment