20 October 2023

BILA ANGELINE TAN TERINGIN SOLAT BERJEMAAH BERSAMA SUAMI : "SAYA INGIN RASA TAPI BELUM MAMPU"



"Saya pernah tengok dekat televisyen suami isteri solat bersama, saya ingin rasa perkara macam itu tapi belum mampu," kata pelakon Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini, dimana dia teringin solat berjemah dengan suaminya, pengarah dan pelakon Sabri Yunus.
Jelas Angeline, buat masa ini, dia belum mampu berbuat demikian kerana masih belajar mengenai solat selepas memeluk Islam pada September lalu.

Sementara itu, Sabri yang sudah bersedia membimbing isterinya itu memberitahu dia tidak mahu terlalu memaksa Angeline dan biarlah ianya dilakukan secara ikhlas.

"Apabila Angeline teringin rasa nak solat itu sudah cukup besar buat saya buat masa ini. Saya tidak akan paksa dia, saya harap ia mengalir seperti cinta kami mengalir. Biarlah perasaan dia itu mengalir juga dengan tanpa paksaan apa-apa," ujarnya.

         ________________________ JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: