Umum sedia mengetahui mengenai pelekon Mawar Rashid dimana dia telah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik gambarnya tidak lagi berhijab selepas tiga tahun membuat keputusan untuk bertudung, di laman Instagram baru-baru ini.
Terbaru, isteri kepada Raf Yaakob itu telah memuat naik satu perkongsian di Insta Story yang turut menjadi perhatian.
Dalam hantaran tersebut, dia memohon kepada Allah agar kembalikan dirinya yang dulu serta mengatakan dia seakan berada dalam keadaan keliru.
Klik untuk gambar besar
"Ya Allah Ya Tuhanku, please bring back the old me (kembalikan diri aku yang dulu). I'm so lost, I lost in our world. I'm fighting. And I'll keep fighting. Please pray for me (tolong doakan untuk saya)," tulisnya.
Sebelum ini, Mawar tampil memberi penjelasan mengenai keputusannya itu yang dianggap bukan tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
Dalam masa sama, Mawar turut memohon maaf buat mereka yang kecewa dengan keputusannya itu, selain berkata, dia sudah cuba istiqamah dalam berhijab namun gagal.
________________________ JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment