19 October 2023

SHUHADA DAKWA HAFIDZ ROSHDI CULAS BAYAR NAFKAH, HANYA BERI RM100 SEBULAN SETIAP ANAK



"Dia hanya beri saya sebulan RM100 sahaja untuk setiap anak. Jadi hanya RM200 setiap bulan. Dia culas bayar nafkah anak-anak. Jadi, saya yang sara anak. Saya sangat struggle mencari rezeki untuk anak-anak saya seorang diri.
"Ibu dan ayah pun ada bersama saya bantu untuk menyediakan keperluan anak-anak. Mereka pun ada keluarkan duit mereka," jelas bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada yang mendakwa bekas suaminya itu menculas membayar nafkah buat kedua anak mereka.

Ini kerana kata Shuhada, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM100 untuk setiap seorang anak mereka. Disebabkan itu, Shuhada berkata, dia yang menyara anak-anaknya seorang diri.

Dalam pada itu, bekas isteri Hafidz ini juga memberitahu, ibu bapanya terpaksa keluarkan wang sendiri untuk membantunya memberi keperluan anak-anak.

Tambahnya lagi, nafkah diberikan oleh Hafidz tidak mencukup, apatah lagi kos persekolahan anak sulung mereka mencecah RM1,000.

"Ini tidak termasuk makan dan minum. Belum lagi keperluan adiknya, Umar yang sekarang umur tiga tahun. Sekurang-kurangnya kalau dia bagi RM800 hingga RM1,000 itu saya boleh lagi. Saya boleh tambah-tambah mana yang perlu," katanya.

Sementara itu, Shuhada turut meluahkan rasa terkilan apabila bekas suaminya mengeluarkan kenyataan memintanya untuk memadam gambar yang digunakan untuk mempromosikan produk kecantikan.

"Saya tidak lihat pun gambar yang disediakan itu. Yang saya tahu adalah cari duit untuk anak-anak. Niat saya bagi untuk besarkan anak-anak tapi dia yang marah lebih-lebih," tuturnya.

         ________________________ JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: