09 October 2023

DAKWAAN GADUH DENGAN SHILA AMZAH - SYADA TAMPIL JAWAB



"Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik-beradik saya. Saya rasa kita manusia biasa dan jadi normal saja.
"Saya ada terserempak dengan dia dekat Night of Fright, elok saja boleh bertegur sapa dan peluk. Tak tarik rambut, jangan risau! Risau fasal keluarga sendiri dulu okey."

Demikian jawab penyanyi Syada Amzah yang tampil menjelaskan khabar angin, dimana dia didakwa bergaduh dengan kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah.

Klik untuk gambar besar
Syada menjawab hal tersebut menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan perselisihan faham antara adik-beradik adalah perkara biasa namun tidak berlarutan hingga tidak bertegur sapa.

Dalam pada itu, Syada turut mengulas mengenai tindakannya memuat naik tanda pagar 'Team Syahir' sahaja, dimana dia ingin memberikan sokongan kepada abangnya yang pertama kali menyertai pertandingan nyanyian.
"Saya tak nak korang salah faham dengan apa yang saya kongsikan. Dalam video itu saya ada cakap kakak lagi hebat, Syahir lagi hebat.

"Jadi saya bagi semangat kepada abang saya sebab dia baru pertama kali sertai pertandingan tanpa ahli kumpulannya. Kakak saya sudah ada penyokong dia sendirikatanya," ulasnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: