09 October 2023

NAFI KURANG AJAR KETIKA JAWAB KOMEN JURI - INI KATA AZHARINA



"Saya menjawab perkara yang 'common sense', yang mana suara memang pinjaman daripada Tuhan, Allah yang punya. Yang baik semua datang daripada-Nya.
"Saya bersyukur setakat ini dengan suara ini juga dapat mencari nafkah, untuk keluarga dan anak-anak. Malah, saya tidak terasa hati dengan komen daripada juri.

"Ini kerana mereka dibayar untuk mencari kesalahan dan menegur kesilapan saya. Sebenarnya saya berterima kasih kepada juri," kata penyanyi Azharina dalam sidang media konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV), malam tadi.

Dalam sidang media tersebut, Azharina menafikan dia bersikap kurang ajar ketika menjawab komen juri selepas selesai persembahannya membawakan lagu 'Sayang Disayang' yang berlangsung di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Azharina juga menafikan dia terasa hati dengan komen yang diberikan juri, sebaliknya dijadikan pengajaran pada masa depan.

Menitiskan air mata ketika persembahan dikritik, Azharina menjelaskan, dia rasa bersalah dengan empat orang guru yang mengajarnya irama keroncong.

"Saya minta maaf kepada Tok Ram (Datuk Ramli MS) dan empat orang guru saya. Itu adalah tanggungjawab saya sebagai anak seni untuk mempelajari kekurangan.
"Pada masa saya tidak boleh menipu yang wujud perasaan bersalah, saya hubungi guru-guru saya kemudian terus saya menangis.

"Saya tidak mampu membahagiakan mereka, saya minta maaf kerana kekhilafan saya tidak dapat buat yang terbaik. Itu yang saya sedihkan.

"Sebagai anak murid harus menghormati orang terdahulu sebelum kita. Saya tidak pernah ambil hati dengan komen juri kerana komen itu bagus," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: