12 October 2023

"DIA PERNAH SEP@K (LEMP@NG) KITA... YA ALLAH, DIA KAHWIN PUN SHA YANG BAYAR" - SHILA AMZAH MINTA TANYA ADIK LELAKINYA, "DAH BAYAR BELUM NAFKAH ANAK?"



"Sha dah sampai limit dah ni. Sha cerita balik semua ni sebab nak orang faham. Orang nak paint Sha anak kurang ajar, anak derhaka, not a good daughter, horrible person.
"Ok Sha terima dengan hati dan tangan terbuka. I fell I have had enough already. I dah jadi mental, benar-benar mental hari ini. Sha punya sakit perih, siapa pun tak peduli.

"Dia punya tangan tu (merujuk kepada Syafiq) pernah sep@k (lemp@ng) kita. Dia nak cakap dia power sangat. I dont know, dia sejenis paling acah, paling tersakiti.

"Ya Allah, hutang dia, dia kahwin pun Sha yang bayar. Tanya dia, dah bayar belum nafkah anak dia," tutur penyanyi Shila Amzah menerusi siaran langsung di Instagram, dimana dia akhirnya bersuara mengenai kemelut bersama adik-beradiknya.

Jelas penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu, emosinya sudah berada di tahap tidak mampu dibendung lagi sehingga dia bertindak menceritakan kemelut yang berlaku kepada umum.

Tambahnya lagi, banyak perkara yang dilalui olehnya, namun dipendam dan tidak pernah diceritakan kepada umum.

Malah, kata isteri kepada pempengaruh media sosial iaitu Ubai itu mendakwa adiknya pernah melempangnya.

Terdahulu, adik lelaki Shila iaitu Amir Syafiq berkata, kakaknya itu tidak berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjual rumah berkenaan.

Dalam pada itu, Syafiq juga mendakwa Shila mahu menjual rumah berkenaan kerana nilai dalam pasaran yang tinggi dianggarkan RM2.5 juta.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: