30 October 2023

FAMILY DUO - DATUK RED BERI SOKONGAN BUAT ADIRA, SIAP UCAP 'I LOVE YOU'



"Good luck (selamat berjaya) dan I love you (Saya cintakan awak)," itulah kata suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red dimana dia menjadi perhatian ramai apabila hadir pada konsert minggu ketiga Famili Duo musim tiga (FD3) malam tadi, bagi memberi sokongan buat isteri keduanya itu.
Bukan itu sahaja, kehadiran ahli perniagaan itu yang sebelum ini disapa pengacara Izzue Islam itu juga sekaligus membuktikan rumah tangga pasangan ini tidak goyah seperti dakwaan yang diperkatakan sebelum ini.

Lebih manis, persembahan Adira bersama kakaknya, Emma turut mendapat pujian juri apabila meraih 9 dan 10 markah daripada Mas Idayu dan Ajai.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai rumah tangga pasangan itu dikatakan bergelora apabila Adira sudah lama tidak berkongsikan gambar suaminya di Instagram.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla pada 3 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayub kini berusia 1 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: