08 October 2023

HAMIL 5 BULAN - TOM LUAH SYUKUR AKHIRNYA IMPIAN TIMANG ANAK PEREMPUAN TERCAPAI



"Ya Allah syukur ya Allah. 90 peratus ujian imbasan jantina mendapati saya bakal dikurniakan anak perempuan. Akhirnya dapat juga merasa anak perempuan."
Demikian kata penyanyi Tom dalam satu hantaran di Instagram Story, dimana impiannya yang ingin menimang cahaya mata perempuan akhirnya tercapai, selepas dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.

Tom yang kini hamil lima bulan itu mengumumkan berita gembira tersebut selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik kelmarin.

Menitiskan air mata sewaktu mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Tom menerusi video yang dimuat naik, dilihat meraikan detik bahagia itu disamping suami tercinta yang juga penyanyi Fuad Rahman serta anak-anaknya.

Sebelum berkongsi berita tersebut, Tom mengaku gementar menanti keputusan imbasan jantina bayi dalam kandungan itu, memandangkan ini adalah peluang terakhir untuk memiliki anak perempuan.

Klik untuk gambar besar
"Gementar sangat-sangat... dah ada tiga anak lelaki. Adakah aku dapat merasa nak ada anak perempuan dalam hidup aku?

"Ini anak terakhir... tapi apa pun aku terima walaupun ditakdirkan anak lelaki lagi. Bismillah," tulis Tom yang bernikah dengan Fuad pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Untuk makluman, Tom sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: