08 October 2023

INTAI PELAKON WANITA, SIAP RAKAM GUNA TELEFON - PEKIN IBRAHIM 'BELASAH' KRU



Pelakon Pekin Ibrahim telah berkongsi kejadian tidak bermaruah dimana dia telah 'membelasah' seorang kru produksi yang didakwa mengintai pelakon wanita baharu iaitu Sara Daewoo, malah turut merakam menggunakan telefon bimbit, ketika menjalani penggambaran filem seram 'Cerana Biduk Bu Merah' pada 2018.
Jelas Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 42, dia menyedari perkara terbabit selepas dimaklumkan oleh Sara kepada rakannya.

"Ketika kejadian saya dan rakan sedang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran. Sementara Sara masih berada di inap desa wanita. Sara mengadu kepada kawan saya, ada seorang kru mengintai dan merakam menggunakan telefon bimbit, lantas kami patah balik ke sana.

"Apa yang membuatkan saya hilang sabar adalah ketika kami tiba kru itu mengajak saya solat berjemaah. Siap bentangkan sejadah lagi. Ketika saya meminta untuk memeriksa telefon bimbit miliknya, kru itu memberikan alasan dan mungkin sedang memadam bukti.

"Saya yang geram terus 'membelasah' kru terbabit dan menghubungi pengarah, Haizul Anafer Ali dan kru itu dibawa ke balai polis," kongsi suami kepada pelakon Mona Allen, dimana dia berkata, ini adalah kali pertama dia berdepan dengan situasi sebegitu selepas lebih sedekad bergelar pelakon.

"Biarpun filem 'Cerana Biduk Bu Merah' adalah filem seram, saya rasa kes ini lebih seram berbanding cerita yang kami lakonkan.

"Saya tak sangka berhadapan dengan perkara terbabit, sepanjang terlibat dalam bidang lakonan sejak tahun 2002, ini pengalaman pertama berhadapan kes gangguan seksual.

"Saya kesal kerana ada kru itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sudahlah dia melakukan perkara tidak bermoral, dia sempat 'menunggang agama' dan berpura-pura mengajak solat," katanya.

Filem terbitan Goldhill Pictures yang menjalani penggambaran pada 2018 itu akhirnya bakal menemui penonton pada 12 Oktober ini.

Selain Pekin dan Sara, filem ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh dan ramai lagi.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: