"Buat masa sekarang itulah plan dari awal. Watie pun tahu, yelah kahwin dengan duda kan. Anak-anak ini memang rapat. Mereka semua manja. Masih tidur sekali. Sampai sekarang pun tak tidur asing.
"Bagi saya tak ada beza pun anak sendiri dan anak tiri atau pun anak angkat, asalkan namanya itu anak. Memang dulu sebelum kahwin, pernah juga terfikir, saya dah umur berapa, tak kahwin lagi, pernah terfikir mungkin tak ada anak, masa tu ingat nak ambil anak angkat.
Itulah ujar isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah melalui satu temubual bersama portal Hlive, dimana dia memberitahu buat masa kini, dia fokus dengan anak-anak tirinya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Watie memberitahu, sekiranya ditakdirkan dirinya tak mempunyai anak kandung sendiri, dia pun sudah redha dengan ketentuan.
Bagi Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, meskipun tiada anak kandung, kehadiran empat orang anak tirinya itu sudah cukup buat dirinya.
Tambah Watie lagi, dia memang ada satu kegusaran yang mana, jika anak sendiri, akan terasa seakan mahu membandingkan anak kandung dengan anak tiri.
"Saya ada satu ketakutan yang mana orang kata macam ni, ala sekarang tak ada anak sendiri boleh lah, nanti kalau ada anak sendiri, baru tau.
"Dan kalau anak sendiri buat saya rasa macam jadi mak tiri yang tak baik, biarlah saja macam sekarang ni," kata Watie yang turut menjelaskan, sebelum ini dia dah pun bincang dengan Shuib tentang anak termasuk menambah anak dan meletakkan kepentingan untuk menjaga anak sebagai keutamaan.
Untuk makluman, Shuib, 39, kini dalam fasa bahagia setelah kembali berumah tangga bersama Watie, 35, pada bulan Jun tahun 2023.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment