"Saya tak dapat nak kongsikan secara khusus tentang apa yang berlaku dan saya tak boleh nak jelaskan siapa disebalik perbuatan itu kerana jujur saya tak tahu.
"Tapi sepanjang berada dalam industri seni, itulah kali pertama saya menghadapinya. Ia memang memeritkan. Saya tahu setiap pertandingan pasti ada elemen-elemen mistik sebegini.
"Perasaan takut memang ada. Saya hanya mampu berdoa, semoga dilindungi dan mudah-mudahan perkara begini tidak lagi berlaku kepada saya.
Klik untuk gambar besar
Demikian jelas paenyanyi Shila Amzah yang mengakui dia risau apabila pernah berdepan pengalaman terkena 'buatan orang' ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian tahun lalu.
Meskipun begitu, Shila bagaimanapun berkata, ia tidak menghalangnya untuk menyertai program realiti Famili Duo tahun ini serta berdoa dan mengharapkan dilindungi oleh Allah.
Difahamkan, Shila dan adik lelakinya, Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment