27 October 2023
ISU FITNAH - INDIVIDU TAMPIL MOHON MAAF KEPADA SHAKILLA KHORIRI
Pelakon Shakilla Khoriri menerusi perkongsian di media sosial telah memaklumkan, individu yang memfitnah dirinya berzin@ tampil membuat permohonan maaf menerusi mesej peribadi kepadanya.
Melihat pada hantaran itu, Shakilla atau nama penuhnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, berkata, dia memuat naik perkongsian berkenaan sebagai pengajaran kepada orang ramai agar berhati-hati dalam meninggalkan komen tanpa bukti yang sahih.
"Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis. Hendak mengumpat ke hendak mengutuk ke terpulanglah asal di belakang orang itu. Itu dosa kalian.
"Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?" katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, menerusi luahan yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, Shakilla meluahkan rasa berang apabila dituduh pernah melakukan hubungan sulit dengan suami orang dan mengajak wanita itu bersemuka dengannya.
Dek kerana itu, Shakilla yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan penyampai radio, Fizi Ali ini memberitahu, dia akan menjalani penggambaran di Terengganu dan meminta wanita tersebut yang dipercayai tinggal di Terengganu menemuinya bagi mendapatkan penjelasan berhubung tuduhan dilemparkan.
"Assalamualaikum 'sis' (panggilan kepada pemilik akaun). Esok (hari ini) saya akan ke Terengganu ada 'shooting' (penggambaran) dekat sana.
"Alang-alang jom kita jumpa nak? Mahu dengar juga cerita saya yang (kononnya) awak lagi tak tahu," katanya dalam nada menyindir menerusi hantaran dalam Instagram Story.
Tambah Shakilla dalam perkongsian sama, dia menjelaskan teringin bertentang mata dengan wanita itu supaya dia dapat perincian lelaki yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.
Sebelum ini, kecoh dalam laman sosial selepas tular foto yang didakwa aksi mesra Shakilla bersama seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak.
Namun, Shakilla menegaskan itu adalah gambar lama yang disebarkan pihak tertentu ketika lelaki terbabit sudah pun bercerai dengan isterinya.
Untuk makluman, rumah tangga Shakilla dengan Fizi yang dibina pada 18 Februari 2018 itu berakhir selepas tiga tahun mereka bersama dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment