27 October 2023

MENGGIGIL DENGAR BERITA PEMERGIAN BAD INDIGO - ASHIRA JELAS ARWAH BEKAS SUAMINYA ADA MASALAH JANTUNG, PERNAH TUNJUK UBAT



"Saya sebenarnya tak tahu apa-apa langsung sebab saya dah lost contact lama dah. Macam dia dah ada kehidupan dia kan... tak bermesej apa semua.
"Tadi tahu dari wartawan lain, tak perasan pula Kak Liza (Liza Hanim) post. Saya call Kak Liza, nak tanya sahih ke, Kak Liza sahkan yang arwah meninggal sebab serangan jantung selepas Maghrib tadi."

Itulah kata penyanyi Ashira Aziz yang mendedahkan, dia terkejut apabila mendapat berita daripada rakan media mengenai pemergian bekas suaminya, Bad Indigo.

Dalam pada itu, Ashira memberitahu, dia tidak menyangka bekas suaminya itu telah pergi buat selama-lamanya, memandangkan arwah sering memuat naik video di media sosial dan kelihatan sihat sahaja.

"Saya sudah lama tidak berhubung atau berjumpa dengan arwah sejak berpisah. Masing-masing bawa haluan sendiri.

"Masa dapat tahu tadi terkejut sangat sebab selalu nampak video-video yang dia buat di tempat kerja. Nampak sihat Alhamdulillah.

"Tapi tidak sangka pula, hari ini (malam Jumaat) arwah telah pergi buat selama-lamanya. Saya masih 'speechless' dan menggigil," tuturnya.

Jelas Ashira lagi, ketika mereka bergelar suami isteri, arwah Bad pernah memberitahu mengenai masalah jantung yang dihadapinya, selain menunjukkan ubat-ubatan yang perlu dimakan jika berlaku serangan mengejut pada dirinya.



Tambah Ashira lagi, arwah bekas suaminya itu bagaimanapun pernah memberitahu sudah lama tidak mempunyai masalah pada jantung.

"Sebelum ini arwah memang ada cakap dia ada masalah jantung. Dia juga pernah tunjukkan saya ubat-ubatan yang dia makan supaya saya tahu jika terjadi apa-apa padanya.

"Tapi dia ada beritahu juga, sudah lama tidak mempunyai apa-apa masalah pada jantungnya. Namun sudah ajalnya begitu," kongsi Ashira yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Bad pada 11 Mac 2021, sebelum mengambil keputusan bercerai pada Jun 2022.

Jenazah Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah yang meninggal dunia di tempat kerjanya iaitu bengkel kereta Reiber Auto di Ampang, di sini, jam 7.30 malam tadi, difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat, hari ini.

Keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah dibawa di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya, malam tadi.

Sementara itu, pemilik Reiber Auto yang dikenali sebagai Wanohar mengumumkan bengkel kereta berkenaan akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi penghormatan buat Allahyarham.

Sebelum ini, Bad yang menghidap kencing manis itu telah menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu, sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Arwah kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat 'walker' dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: