23 October 2023

"ISU ITU (WANITA DALAM MIMPI) TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SAYA" - SOPHIA ALBARAKBAH



Baru-baru ini, netizen mendakwa pelakon Sophia Albarakbah adalah wanita yang muncul dalam mimpi penyanyi Shila Amzah yang dikatakan cuba mengganggu suaminya iaitu personaliti media sosial Ubaidillah atau lebih mesra disapa Ubai.
Biarpun Shila tidak menyebut nama pelakon wanita berkenaan, namun netizen memetik nama Sophia sekali gus, dikaitkan dengan mimpi penyanyi itu.

Mengulas isu tersebut, Sophia, 30, berkata, dia tidak perlu memberi sebarang kenyataan memandangkan perkara itu tidak ada kena mengena dengan dirinya.

"Saya rasa tidak perlu komen tentang isu itu kerana tidak ada kena mengena dengan saya," kata pelakon Sophia AlBarakbah.

"Netizen tahu ya dia (Shila) mimpi siapa (ketawa). Hebat netizen kita," ujarnya ketika ditemui media di program Famili Duo musim ketiga (FD3), baru-baru ini.

Mengenai kehadirannya pada konsert FD3 pula, kata Sophia, dia teruja apabila pertama kali hadir di program realiti hiburan itu.

Sebelum ini, Sophia pernah hadir pada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan mengakui dirinya memang meminati acara hiburan.

"Ini pertama kali saya hadir pada FD3 dan saya mahu melihat semua persembahan terlebih dahulu. Selepas melihat kesemuanya baru saya tahu nak sokong peserta yang mana nanti," tuturnya.

Dalam pada itu, Sophia menjelaskan, dia memang minat acara hiburan, tetapi bukan untuk menjadi penyanyi.

"Kalau menyanyi pun hanya untuk diri sendiri," jelas pelakon berusia 33 tahun itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: