Baru-baru ini, seorang individu telah mengaitkan ibu bapa pelakon Meerqeen selepas didakwa tidak menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin.
Berhubung perkara itu, Meerqeen, 22, meluahkan rasa berang dengan sikap individu tersebut, selain turut memberi amaran agar tidak membabitkan ibu bapanya dalam hal itu.
"Mak bapak aku kau jangan main... Takkan pernah sekali aku tunduk dengan manusia. Kau ingat itu," ujar Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam.
Klik untuk gambar besar
Luahan itu dikongsikan Meerqeen menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, baru-baru ini.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, individu terbabit menyifatkan Meerqeen sebagai '@njing' pihak Israel.
Bukan hanya itu, individu terbabit turut menyindir pelakon berkenaan dengan mendakwa rezeki yang diberikan kepada ibu bapanya adalah daripada Israel bukannya Allah SWT.
Dalam pada itu, pelakon drama 'Melur Untuk Firdaus' itu tampil mempertahankan dirinya apabila tidak akan menunjukkan kebaikan yang dilakukan demi memuaskan hati semua pihak.
"Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestin. Aku tak perlu tunjuk pun bantuan apa yang aku beri pada mereka (rakyat Palestin) untuk senangkan hati manusia lain.
"Cukup aku seorang saja tahu apa peranan dan tanggungjawab aku sebagai Muslim untuk orang di Palestin. Pemberian aku ikhlas... berhenti menunding jari pada orang," katanya.
Terdahulu, Meerqeen sering disindir netizen apabila ada yang mengatakan pelakon itu bakal menjadi penghuni neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin di media sosial.
Terdapat juga pihak yang memuat naik semula gambar Meerqeen bersama pelakon Isra£l, Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York, Amerika Syarikat.
Pelakon itu menerima kecaman kerana dianggap tidak sensitif memandangkan Gal Gadot berasal dari Isra£l.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment