22 October 2023

BILA RAMLI MS ENGGAN BERLAKON MESKIPUN DITAWAR BAYARAN RM3 JUTA



"Never! Kalau ditawarkan RM3 juta pun saya tak akan berlakon. Saya memang banyak terima tawaran tapi saya tolak, itu bukan 'forte' saya.
Itulah kata pengarah muzik Datuk Ramli MS yang memberitahu, dia tidak berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan, meskipun ditawar dengan bayaran lumayan.

Ini kerana jelas Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram, lakonan bukan kepakarannya serta karakternya seorang yang telus dan tidak pandai berpura-pura di depan kamera.

"Berlakon itu adalah lakonan dan dalam kehidupan saya tiada lakonan... Saya ini seorang yang direct," jelasnya yang tidak mahu melakukan sesuatu yang bukan kepakarannya dan lebih baik diberikan kepada mereka yang pandai berlakon.

"Pada saya ada perkara kita boleh buat dan sebaliknya. Bagi saja pada individu yang memang pandai berlakon," tutur suami kepada penyanyi Alyah itu.

Dalam pada itu, Ramli MS turut berkata, dia setuju untuk kembali dalam program Projek Bapak-Bapak kerana silaturahim yang terjalin dengan ketiga-tiga peserta lain.

"Saya setuju sekali lagi sertai projek Bapak-Bapak disebabkan silaturahim kami sebagai sahabat. Selain itu ini adalah perkara baru dalam kerjaya saya.

"Saya sangat teruja kerana aktiviti yang kami lakukan bukan benda biasa saya buat dalam kehidupan seharian dan bukan sebab wang tapi persahabatan," katanya.

Untuk makluman, selain Ramli MS, Projek Bapak-Bapak turut menampilkan Datuk Jalaluddin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: