22 October 2023

KELUARGA SUFIAN SUHAIMI SELAMAT MERISIK 'SAYANG'



Menerusi satu hantaran video tular di platform TikTok, penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi, 31, dikhabarkan sudah merisik wanita pilihannya pada satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga.
Perkongsian daripada akaun TikTok milik 'hairamikayla00' itu memaparkan Sufian atau mesra dengan panggilan 'baby Pian' bersama keluarga hadir ke kediaman wanita itu bagi tujuan merisik.

"Tahniah buat Sufian Suhaimi serta gadis pilihannya," tulisnya pada kapsyen video dengan beberapa tanda pagar.

Klik untuk gambar besar
Meninjau ke ruangan komen pula, video yang sudah mendapat puluhan ribu tanda suka daripada warganet itu menerima pelbagai ucapan tahniah, dimana rata-ratanya mendoakan ikatan pasangan ini kekal hingga ke jenjang pelamin.

"Alhamdulillah, 'baby Pian' dah tunang," tulis netizen.

"Yang ini setuju, cantik dan manis," kata seorang lagi wargamaya.
"Oklah, sama cantik sama padan & sama educated (berpendidikan)," tutur netizen.

Bagaimanapun, menerusi Instagram Sufian, penyanyi itu sehingga kini masih belum membuat sebarang hantaran terbaru mengenai majlis merisik berkenaan.
Terdahulu, kisah hubungan penyanyi lagu Di 'Matamu' itu bersama pilihan hatinya ini pernah menjadi perhatian media pada April lalu ketika majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon Aiman Tino apabila hadir dengan pakaian warna merah sedondon.

Namun, Sufian sekadar memperkenalkannya dengan panggilan 'Sayang' dan berusia 23 tahun serta memaklumkan mereka saling mengenali daripada kawan pada tahun lalu.

"Sekarang kami dalam fasa berkenalan lagi, namun keluarga masing-masing juga sudah mengetahui perhubungan kami ini," jelasnya kepada media ketika itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: