29 October 2023

"KAMI SEDIH, DAH TENTU KITA SAYANG ANAK... SAYA PUN DAH LETIH DENGAN BENDA INI" - YUSOF HASLAM SEBAK, RINDU SYAMSUL



"Saya pun dah tak ingat, bertahun. Tak salah saya setahun sudah dia datang ke rumah masa mak mentua saya (nenek Syamsul) sakit. Mak dia hubungi dia, dia datang. Itu saja.
"Saya ada berjumpa dia, ada berbual sekejap. Itu kali terakhir. Tapi sebelum itu, lama la, dah bertahun dia tak balik. Tapi tak apa, saya tak mahu orang anggap yang bukan-bukan.

"Sebagai anak mungkin ada benda dia tak puas hati, ada benda tersentak dengan ibunya atau dengan saya. Bagi saya, tak apa lah kami bagi masa.

"Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan mak dia. Tapi kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera.

"Kami sudah nak menjangkau 70 tahun pada tahun depan. Dah tentu kita tak tahu bila masa kita akan pergi.

"Ramai kawan-kawan seperjuangan saya telah pergi," ujar pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam menerusi temu bual bersama Melodi.

Dalam pada itu, Yusof turut mengingatkan anaknya, Syamsul Yusof, bahawa jiwa akan lebih tenang jika berbaik dengan ibunya, Datin Patimah Ismail.

Selain itu, Syamsul turut mengingatkan anaknya agar jangan menunggu sehingga mereka tiada, baharulah dia mahu mencari mereka.

"Bagi saya kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapak kau dah tak ada baru kau nak cari mak bapak kau.

"Jangan menganggap apa yang bapak dan mama luahkan itu sebagai nak merendah-rendahkan kamu, tidak. Kami sentiasa doa yang baik, Syamsul.

"Papa rasa jiwa kamu akan lebih tenang jika kamu berbaik dengan ibu kamu terutamanya, dengan keluarga. Wang bukan segala-segalanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik," tuturnya.

Ketika temu bual tersebut, Yusof dilihat gagal menahan air mata serta mengakui sudah penat dengan apa yang berlaku apabila ditanya sama ada dia rindukan seorang anak yang bernama Syamsul.

"Kami sedih. Of course (dah tentu) kita sayang anak kita. Tiada istilah kita benci anak kita. Tapi saya pun dah letih dengan benda ini. Jiwa saya dah tenang sebenarnya dengan Datin. Kita terima, kita reda dengan apa yang berlaku.

"Saya doakan yang baik kepada anak saya. Kepada Syamsul, saya doakan filem-filem yang diarahkan 'The Original Gangster' akan dapat sambutan yang baik.

"Papa tetap akan menyokong kamu walaupun kamu tidak bersama Skop Productions. Demi Allah tidak ada perasaan dendam, benci tidak ada," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: