30 October 2023

ZAMANI 'KAU PERGI JUA' - DIUMUMKAN TERSINGKIR MINGGU KE-6 ALL STARS GEGAR VAGANZA



Sama seperti tajuk lagu yang dinyanyikan iaitu 'Kau Pergi Jua' apabila penyanyi Zamani diumumkan tersingkir pada minggu keenam All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10) selepas mendapat markah terendah iaitu 56.50 peratus.
"Terima kasih kepada para juri dan semua yang beri sokongan. Halalkan sahaja kalau saya ada buat sebarang kesalahan," kata Zamani yang menyertai program itu menerusi kategori 'hotseat'.

Untuk makluman, Zamani sebelum ini merupakan pemenang tempat ketiga GV bagi musim kelima.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, peserta Liza Hanim telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tempat pertama apabila meraih markah tertinggi iaitu 76.75 peratus daripada tiga juri tetap.

Manakala bagi tempat kedua dan ketiga pula, ia dibolot oleh Hady Mirza (76.50 peratus) dan Azharina (75.25 peratus).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: