27 October 2023

KENAL ARWAH BAD INDIGO SEJAK 23 TAHUN LALU - LIZA HANIM AKUI PERNAH NAMPAK DEPAN MATA BAD KENA SERANGAN JANTUNG



"Saya mengenali arwah sejak 23 tahun lalu. Memang dia ada masalah jantung sebab dia pernah kena serangan jantung. Di depan mata saya sendiri pun arwah pernah terkena serangan jantung. Suami saya nampak terkejut, tapi nampak dia kuat juga. Mereka dah berkawan lama dan sangat akrab dan tidur sebantal sejak remaja lagi.
"Apabila arwah dah mula sakit dan sampai jari kakinya dipotong, itu jadi macam peringatan untuk kita semua juga," jelas penyanyi Liza Hanim yang juga kawan rapat Allahyarham Bad Indigo sejak 23 tahun lalu, dimana dia berkongsi mengenai serangan jantung yang pernah dialami Bad sebelum ini.

Liza berkata demikian ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini, dimana dia menberitahu, suaminya iaitu Shah Indigo yang juga sahabat karib 2 Bad yang memaklumkannya mengenai berita kematian itu.

Dalam pada itu, Liza turut mendedahkan, dia dan suaminya pernah menasihati arwah Bad untuk mendapatkan rawatan bagi masalah jantung yang dihidapinya.

Tambahnya lagi, sebagai teman rapat, Allahyarham mempunyai dana yang cukup, namun berkeras untuk tidak menggunakan wang berkenaan.

"Dia ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya hendak menjalani pembedahan, namun berkeras tidak menggunakannya kerana ingin menyimpan buat anak-anaknya.

Klik untuk gambar besar
"Memang ramai tidak mengetahui mengenai penyakit yang dihidapinya itu, tetapi semua tahu dia menghidap kencing manis. Bukan hak kami untuk berkongsi sebenarnya.

"Ini cerita 10 tahun dulu yang mana dia sepatutnya menjalani pembedahan memasukkan 'sten' untuk masalah jantungnya itu," katanya.

Sementara itu, Liza berkongsi mengenai keterujaan arwah Bad kerana dia bersama Indigo baru saja menyiapkan lagu baharu, namun hasratnya itu tidak kesampaian.

"Mereka (Indigo) sebenarnya dah siap rakamkan lagu baru. Arwah antara yang paling teruja sebab dia sangat cintakan nyanyian dan muzik. Namun, hasratnya tak kesampaian untuk muncul dengan lagu baharu itu," katanya.

Jenazah Bad disolat di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI Adda :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: