Pada jam 2.50 petang tadi, jenazah penyanyi Allahyarham Bad Indigo telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini.
Jenazah Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah sebelum itu dikafan dan disolatkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, di sini.
Bad menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di tempat kerjanya selepas mengalami serangan jantung kira-kira jam 7.30 malam semalam.
Klik untuk gambar besar
Pada upacara pengebumian Bad, ia telah dihadiri keluarga dan rakan-rakan termasuk anggota kumpulan Indigo yang dianggotainya sejak 1996.
Sementara itu, anak sulung lelaki kepada Bad iaitu Rayyan, 14, telah berkongsi dimana arwah bapanya itu berhasrat menghadiahkan but bola sepak buatnya, namun tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia, malam semalam.
Kata Rayyan, petang semalam adalah perbualan terakhir dia dengan arwah bapanya yang ketika itu memaklumkan akan membelikannya sepasang but dua hari lagi.
"Perbualan terakhir dengan ayah adalah petang semalam. Ayah cakap, dia nak belikan but bola untuk saya, tapi, dalam dua hari lagi," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini.
Difahamkan, Rayyan bersama adiknya, Rania, 13, kini tinggal bersama ibu mereka yang juga bekas isteri Bad di Muar dan bergegas ke sini selepas dimaklumkan mengenai berita kematian itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment