19 October 2023

"MEREKA (ANAK-ANAK) REDA & BERSERAH DENGAN KEPUTUSAN SAYA ITU (PELUK ISLAM)" - ANGELINE TAN KINI PERLAHAN-LAHAN MENDALAMI ISLAM



"Ketika saya dan abang Sabri mula berkawan rapat mereka memberikan sepenuh sokongan dan restu, tapi apabila saya memberitahu bakal memeluk Islam mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan.
"Antaranya kenapa sekarang dan tiba-tiba saja saya nak memeluk Islam. Jadi, saya terpaksa beritahu ini adalah salah satu syarat yang perlu saya buat sebelum berkahwin.

"Mereka reda dan berserah dengan keputusan saya itu. Sebenarnya mereka sangat takut bagaimana kehidupan saya sekiranya abang Sabri tidak menjaga saya dengan baik.

"Adakah saya mampu meneruskan kehidupan seorang diri sebagai seorang Muslim kerana mereka tahu yang ibunya tidak boleh kembali kepada agama asal selepas ini. Bagaimanapun ketika majlis pernikahan kami, anak-anak ada menghantar mesej kepada abang Sabri supaya menjaga saya dengan baik."

Itulah jelas pelakon Ardini Angeline Tan, dimana dia mengakui keputusannya memeluk Islam pada 26 September lalu sebelum bernikah dengan pengarah dan pelakon popular, Sabri Yunus bukan satu keputusan mudah, lebih-lebih lagi untuk menerangkan perkara itu kepada anak-anaknya.

Tambah Angeline, walaupun anak-anaknya itu mengetahui hubungan mereka sejak tiga tahun lalu, namun apabila dia memberitahu bakal memeluk Islam, mereka terus membangkitkan pelbagai persoalan.

Dalam pada itu, Angeline turut mengulas mengenai penampilannya yang kini sudah bertudung, dimana dia memohon diberikan masa dan ruang untuk mendekatkan diri dengan agama Islam secara perlahan-lahan.

"Kalau nak tahu, gambar saya bertudung di media sosial adalah tarikh saya memeluk agama Islam. Namun saya sudah terangkan kepada suami yang saya perlukan masa untuk sesuaikan diri, sama seperti dia menunggu saya selama tiga tahun untuk memeluk Islam dan bersedia berkahwin dengannya.

"Jadi, saya mohon masa dan ruang untuk berhijrah sepenuhnya kerana saya masih ada tawaran drama yang memerlukan saya tidak bertudung kerana memegang watak sebagai pelakon berbangsa Cina," tuturnya.

Dalam masa sama, Sabri juga enggan memberi sebarang tekanan kepada isterinya yang baru bergelar mualaf untuk terus bertudung.

"Sebagai suami sudah tentu saya ingin dia mengikut segala ajaran Islam, tapi saya perlu beri dia masa untuk menerima perubahan ini. Lagipun bertudung ini adalah perkara yang baik.

"Saya harap orang ramai memahami keadaan Angeline yang masih baru bergelar mualaf dan sedang belajar banyak perkara. Jadi untuk peringkat pertama ini saya ingin dia belajar mengenai konsep ketuhanan dalam Islam serta ibadah.

"Bagi saya, semua bangsa percaya dengan agama yang mereka menganut dan tahu Tuhan itu tidak berbentuk atau berwajah. Malah, mereka juga percaya yang Tuhan itu satu, tapi saya ingin Angeline tahu kenapa dia perlu berpegang teguh kepada ajaran Islam dan taat kepada Allah SWT," katanya.

Pada Sabtu lalu, Sabri dan Angeline melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di Perlis.

Untuk makluman, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan dikurniakan tiga anak. Bagaimanapun, Norraya meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2007. Sementara itu, Angeline pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

         ________________________ JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: