19 October 2023

"TIADALAH SAYA BERNIAT UNTUK MEMPERMAINKAN NAMA & MENGHINA..." JIHAN MUSE MOHON MAAF



"Assalamualaikum, mengenai isu segmen bersama Azmi Saat tempoh hari, saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin lalu.
"Tiadalah saya berniat utk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan. Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif.

"Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun. Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati.

"Saya terima segala teguran. Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri. Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiapa saja. la bukan perkara yg boleh dinormalisasikan."

Demikian tulis pengacara dan pelawak, Jihan Muse menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat kerana membuat jenaka yang menyinggung sensitiviti Orang Kelainan Upaya (OKU).

Melihat pada hantaran tersebut, Jihan memaklumkan, dia sudah berhubung dengan Azmi di atas ketelanjurannya ketika bersiaran langsung untuk program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Jihan yang mengikut skrip yang disediakan pihak produksi itu berharap isu ini dapat dielakkan pada masa akan datang.

"Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV. Terima kasih," ujarnya.

Terdahulu, Azmi yang tampil sebagai rakan duet kepada peserta Azharina, menyampaikan lagu 'Pupus' pada minggu keempat ASGV itu berkata, dia tidak tersinggung dengan gurauan Jihan dan Nabil Ahmad mengenai nama bapanya serta mempersenda orang cacat penglihatan.

Ketika siaran langsung tersebut, Azmi telah ditanya Jihan dan Nabil bagaimana dia datang ke program itu.

"Nak tanya Azmi, datang ke sini naik apa? Memandu ka?," kata Jihan seolah-olah mempersenda Azmi yang cacat penglihatan.

Selain itu, mereka juga mempersenda nama bapa Azmi dengan menyebut berapa 'saat' diperlukan untuk satu minit.

         ________________________ JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: