19 October 2023

PERNAH TERDETIK BUKA TUDUNG - APRENA MANROSE SELALU INGAT PESAN BAPA



Pelakon Aprena Manrose yang sudah dua tahun berhijrah itu mengakui dia pernah terdetik untuk membuka tudung, namun katanya, dia sering mengingati pesanan bapanya yang juga penyanyi, Iwan Syawan serta sentiasa meminta bapanya untuk mendoakan buat dirinya.
"Ada je perasaan tu sebab keadaan sekeliling kita pun memainkan peranan sebenarnya. Saya juga pernah cakap dengan ayah saya mengenai niat tu tapi dia tak adalah marah cuma dia ada bagi saya satu ayat.

"Dia cakap, 'Kalau awak sempat bertaubat, Alhamdulillah tapi kalau tidak urgh takut aku'. Saya ingat lagi reaksi dia macam mana.

Klik untuk gambar besar
"Saya rasa ayah saya pun faham bila saya cakap macam tu sebab dia pun pernah muda. Tapi dia saya selalu bagi saya nasihat dan saya yakin dia sentiasa mendoakan saya. Saya pun setiap kali jumpa dia, saya selalu minta dia doakan saya," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan beberapa selebriti yang membuat keputusan untuk membuka hijab, Aprena berkata, dia tidak berhak untuk memberikan komen kerana dia juga masih belajar.
"Sejujurnya saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab saya pun sekarang masih belajar lagi, masih di fasa permulaan bertudung ni.

"Kemudiannya iman kita ni turun naik kan? Nak cakap lebih-lebih pun tak berani sebab satu hari nanti pun saya tak tahu macam mana diri saya sendiri ni akan buka tudung balik ke apa ke.

"Kita tak akan tahu sebab saya pun membesar dalam keadaan yang memang ‘free hair’ dan memang baru belajar memakai tudung dua tahun," ujarnya.

         ________________________ JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: