25 October 2023

MULUT & HIDUNG ANAK KENA TEKUP DALAM FOTO NIKAH - SHAKILLA KHORIRI TAK SENANG LIHAT, BAGI AMARAN



Umum sedia maklum mengenai penyampai radio, Fizi Ali dimana dia pun telah pun selamat menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihannya yang merupakan seorang ibu tunggal.
Bagaimanapun, bekas isterinya Fizi iaitu pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kurang senang apabila melihat foto nikah yang memperlihatkan anak perempuan isteri baru bekas suaminya itu yang dilihat bertindak menekup mulut serta hidung anaknya dalam gambar pernikahan mereka.

Kata Shakilla, dia ada bertanyakan kepada Fizi, namun sehingga kini masih tiada maklum balas daripada bekas suaminya berhubung foto terbabit.

Klik untuk gambar besar
"Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok, sebagai seorang ibu saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi namun masih belum balas," katanya.

Sementara itu, mengenai berita perkahwinan Fizi, Shakilla mengakui terkejut apabila mendapat tahu kerana jelasnya, dia baru saja bertemu dengan bekas suaminya itu yang mahu mengambil anak mereka.

Dalam pada itu, Shakilla turut berkata, Fizi memberitahu mahu membawa Ameena ke taman tema air tetapi tidak sangka untuk menghadiri majlis pernikahannya.
"Saya pun terkejut tiba-tiba dia berkahwin... Semalam Fizi ada datang ke rumah dan sempat kami berbual panjang mengenai anak

"Sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya... Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya," ujarnya.
Tambahnya lagi, dia tetap mendoakan kebahagiaan Fizi dengan isteri barunya itu, selain berharap tidak menyakiti perasaan anak mereka.

"Saya harap sepanjang Ameena bersama Fizi dan keluarga baru, jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.

"Kalau dia gembirakan anak, saya okay tapi kalau dia disakiti, dia perlu berdepan dengan saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: