Umum sedia maklum mengenai pelakon Azri Iskandar yang menjalinkan hubungan cinta dengan 'wanita misteri' yang dikenali sebagai Dr Azra.
Terkini, Azri, 55, mendedahkan, dia dan Azra sudah tidak bersua sejak lebih setahun lalu dan hubungan mereka semakin renggang.
Dalam pada itu, Azri berkongsi mengenai perasaannya dimana dia rindu dengan Dr Azra kerana sebelum ini mereka sering berhubung walaupun tidak berjumpa.
"Mestilah rindu sebab dah bercinta. Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah lebih setahun lalu. Dulu, hari-hari juga kami berhubung walaupun tak berjumpa. Sekarang dah tak seperti dulu lagi.
"Saya tak bergaduh dengan dia. Dia memang wanita yang baik. Cumanya, kami jadi renggang sebab jarang berpeluang untuk berjumpa," tutur Azri yang turut memberitahu, anak-anak dan bekas isterinya, pelakon Ellie Suriaty menyarankan agar dia mencari wanita lain sekiranya ingin dijadikan pasangan.
"Anak-anak suruh cari orang lain sebab pada mereka, dia (Azra) nampaknya seperti tak ikhlas. Sampai sekarang, Ellie suruh saya cari orang lain (sebagai pasangan).
Klik untuk gambar besar
"Sebelum ini, saya ada keluar dengan wanita lain juga dan yang itu mendapat sokongan daripada anak-anak saya. Kata mereka, kalau yang itu, okay.
"Saya sedang berkawan dengan wanita lain juga. Ada yang saya kenal itu bekerja dalam industri juga dan ada yang tidak. Tapi, bukanlah pelakon," ujarnya yang turut menegaskan bahawa wanita berusia 44 tahun itu benar-benar wujud.
"Apa salahnya kalau dia muat naik sekeping gambar supaya orang tahu kewujudan dia. Isunya sekarang, orang ingat dia tak ada dan hanya ada dalam otak saya saja.
"Sebenarnya dia memang ada. Ada kawan-kawan yang belajar dengannya di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) pun kenal dia.
"Kalau saya jadi dia, saya akan 'keluar' (dedahkan kewujudan) sebab tak tergamak buat begini. Barulah tandanya sayang," katanya.
Untuk info, Azra digambarkan sebagai wanita yang memiliki Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik. Dia juga adalah penulis skrip dan kini mula berjinak dalam dunia lakonan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment