25 October 2023

BILA SITI NORDIANA IMBAS KEMBALI NOSTALGIA PERNAH BERCINTA DENGAN ARWAH ACHIK SPIN



"Ini cerita lama sebenarnya dan boleh dikatakan cerita zaman remaja dulu. Orang kata cinta monyet lah. Pada ketika itu saya berumur antara 15 atau 16 tahun. Masa itu saya digosipkan dengan arwah Achik.
"Pergi mana-mana, bila digosipkan mesti rasa malu-malu dengan dia. Kira macam, dia memang ada hati pada saya dan selama ini dia pergi menonton persembahan saya. Sejak itu juga saya tahu dia meminati saya.

"Jadi, saya pun balas cintanya. Tapi sekejap saja," ujar penyanyi Siti Nordiana ketika menjadi tetamu di Borak Selebriti SINAR, dimana dia mengimbas kembali nostalgia ketika menjalinkan hubungan cinta dengan Allahyarham Achik Spin pada zaman remaja.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 39, berkata, dia juga berasa yakin Allahyarham Achik akan turut menyertai program Gegar Vaganza (GV) sekiranya masih lagi hidup.

Klik untuk gambar besar
Tambah Nana, arwah Achik sentiasa memberikan semangat kepadanya terutama ketika dia melalui fasa perceraian dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop.

"Nana rasa kalau dia masih hidup, mungkin dia pun masuk Gegar Vaganza (GV). Sebab dia mungkin dia pun sangat memberi sokongan pada kerjaya seni saya juga.

"Malah, ketika saya dalam proses perceraian dulu, dia pun banyak bagi semangat pada saya juga. Dia seorang kawan yang sangat baik la. Dia beri semangat, dia ceriakan Nana... sebab dia orangnya kelakar," kata Nana.

Untuk makluman, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan pada 17 April 2010.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: