30 October 2023

PATIMAH ISMAIL : "BAGI SAYA TU 'ISTERI TIDAK BERDAFTAR', JADI SAYA TIADA KOMEN" - PUTERI SARAH AKUI TAK TAHU DAKWAAN IRA KAZAR BERCERAI



"Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah. Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu 'isteri tidak berdaftar', jadi saya tiada komen.
Demikian kata ibu kepada pengarah dan pelakon sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail, dimana dia tidak mahu mengambil tahu mengenai gosip anak sulungnya itu yang didakwa sudah berpisah dengan isteri, Ira Kazar.

Ini kerana ujar Patimah, dia hanya menganggap pelakon Puteri Sarah Liyana adalah menantunya menerusi perkahwinan sebelum ini dengan anaknya itu.

Sementara itu, Patimah mengakui kenyataan suaminya, pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam mengenai anak sulung mereka yang sudah lama tidak pulang ke rumah serta enggan memanjangkan perkara tersebut.

"Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini," tuturnya lagi.

Pada Ahad lalu, bapa Syamsul menerusi temu bual bersama Melodi, telah mengingatkan anaknya itu agar tidak menunggu sehingga orang tuanya sudah tiada, baharulah dia mahu mencari mereka.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah berkata, dia tidak tahu mengenai dakwaan bekas madu seorang aktres terkenal didakwa diceraikan oleh suaminya yang juga pengarah terkenal menerusi Whatsapp itu kerana dia baru saja pulang dari Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.

Kata Puteri Sarah, dia tidak tahu mengenai dakwaan yang bertebaran itu kerana dia baru saja pulang dari Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.

"Saya tak tahu. Baru balik dari Jakarta," jelas Puteri Sarah, dimana ruangan komen Instagramnya dihujani pertanyaan netizen mengenai dakwaan berkenaan.

Sebelum ini, blog itu mendakwa si isteri yang juga anak kepada pelakon veteran itu turut dihalau daripada rumah serta ada dakwaan mengatakan isteri kepada pengarah itu ada 'penyakit berb@haya'.

Difahamkan, disebabkan sejarahnya sebagai seorang 'peny0ndol', apa saja yang dilakukan oleh isteri pengarah berkenaan pasti akan dik£cam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: