31 October 2023

RAMLI MS TEGAS TIDAK WUJUD UNSUR PILIH KASIH ATAU 'FAVORITISM'



"Tidak ada pilih kasih atau favoritism. Kalau mereka beri persembahan bagus, kami akan hadiahkan ganjaran, itu sahaja. Kalau kerja 10 jam, kami bayar gaji mengikut tempoh itu."
Demikian kata ketua juri program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS yang sekali lagi menegaskan tidak wujud unsur pilih kasih atau penyanyi kegemaran dalam pemarkahan peserta.

Menurut Ramli, setiap peserta akan menerima markah yang selayaknya berdasarkan kualiti dan prestasi persembahan mereka pada setiap minggu.

Dalam pada itu, Ramli MS atau mesra disapa Tokram ini turut menafikan beberapa peserta seperti Aliff Aziz, Hady Mirza dan Jaclyn Victor merupakan 'anak emas' juri kerana sering mendapat komen positif.

"Orang cakap Aliff Aziz anak emas sedangkan kalau tiada Zamani malam ini (Ahad lalu), dia yang angkat beg (tersingkir).

"Sekarang dia di tangga corot dan Hady pula memang tunjuk prestasi yang bagus, menyanyi sambil menari adalah satu perkara sukar. Hal itu memang dipersetui oleh semua juri.

"Ada juga cakap Jaclyn Victor pun anak emas tetapi dia juga tidak berada di kedudukan tinggi," ujarnya.

Sementara itu, Ramli MS mengulas mengenai keputusan juri menyingkirkan Zamani pada konsert keenam ASGV Ahad lalu, dimana dia berkata, masalah teknikal berkaitan nyanyian antara punca penyingkiran tersebut berlaku.

"Sudah beberapa minggu dia ada masalah hendak habiskan sebutan (lirik). Apabila lambat, tempo bahagian depan pula sudah menunggu. Jadi apabila asyik terlambat, nafas pun kelam kabut. Banyak isu teknikal," jelasnya.

Pada masa sama, Ramli juga menyifatkan penyanyi Liza Hanim layak meraih markah tinggi dua minggu berturut-turut selain berjaya memukau hati juri dengan nyanyian lagu 'Rembulan'.

"Liza mantap, tahap keyakinan pun tinggi. Itu yang kami mahukan," tutur Ramli MS yang merupakan seorang maestro muzik itu.

Untuk info, Zamani telah diumumkan tersingkir pada minggu keenam ASGV selepas meraih markah terendah, sekali gus mengikut jejak langkah beberapa bekas peserta yang awal iaitu Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah dan Ayai Illusi.

Selain Ramli MS, peserta ASGV turut diadili oleh guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: