31 October 2023
YUSOF HASLAM NAFI DAKWAAN PILIH MENANTU KAYA : "SAYA & ISTERI TAK PERNAH ANGGAP KAMI KAYA... SIAPA SAHAJA PILIHAN ANAK, KAMI TERIMA"
"Jangan kaitkan nama isteri kononnya merestui hubungan sebab wanita berkenaan orang kaya, sama taraf.
"Saya dan isteri tak pernah anggap kami kaya. Siapa sahaja pilihan anak, kami terima. Tak pernah ada dalam kamus hidup kami nak pilih menantu kaya.
"Kami hamba Allah, dulu pun siapa kami. Jangan kaitkan soal kaya dan nak samakan taraf dengan pilihan anak. Demi Allah tak pernah."
Itulah jelas pengarah Datuk Yusof Haslam yang tampil menafikan dakwaan dia dan isterinya, Datin Patimah hanya mencari menantu setaraf, sebaliknya merestui siapa saja pilihan anak mereka.
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan anaknya iaitu pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof berkenaan dakwaan menjalin hubungan istimewa dengan wanita merupakan anak pemilik syarikat permotoran, Yusof bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.
Menerusi temu bual Melodi, Yusof menjelaskan, dia hanya mengetahui mengenai kisah Syamsul dan wanita itu menerusi TikTok serta terkejut dengan berita berkenaan.
"Sebenarnya, saya terperanjat tengok dalam TikTok. Saya dan isteri tak tahu menahu mengenai hubungan mereka. Kami tak boleh komen sebab ia di luar pengetahuan.
"Mungkin tidak betul, mungkin masa Syamsul beli kereta dahulu. Jadi, Syamsul kenal pemilik dan anak perempuannya. Lagipun, saya tengok itu gambar lama," katanya.
Sementara itu, Yusof dalam masa sama turut menafikan dakwaan isterinya itu menyukai foto wanita berkenaan di Instagram tanda merestui hubungan Syamsul dengan wanita tersebut.
"Isteri saya letak tanda suka bukan bermakna merestui, tidak. Zaman siber sekarang orang boleh buat macam-macam andaian. Namun, kami pasrah sahaja," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment