31 October 2023

BAPA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN 0TAK - HANIS ZALIKHA LUAH RASA SYUKUR



Pelakon Hanis Zalikha menerusi perkongsian di laman Instagram (IG) semalam, telah meluahkan rasa syukur apabila bapanya iaitu Zainal Rashid selamat menjalani pembedahan 0tak di sebuah pusat perubatan di sini.
Dalam hantaran itu, Hanis, 33, memberitahu, dia juga berbincang dengan dua pakar dan seorang pakar bedah saraf sebelum melakukan pembedahan berkenaan.

Tambah isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu lagi, bapanya ini dimasukkan ke wad pada malam itu juga untuk persiapan melakukan pembedahan keesokan harinya.

Klik untuk gambar besar
"Pembedahan 0tak berjalan lancar atas izin Allah S.W.T. Terima kasih kepada semua yang terbabit. Menurut doktor, kalau lewat sikit saja lagi, bapa memang boleh hilang keupayaan bercakap, bernafas dan seterusnya koma sebab 0tak dah 'compressed' terlalu banyak darah," tulisnya.

Mengulas mengenai keadaan bapanya sebelum di bawa ke hospital, Hanis berkata, bapa mengadu kaki kanan tidak boleh bergerak dan percakapannya juga perlahan tidak seperti kebiasaan.
Kongsi Hanis lagi, bapanya itu juga menyedari ada sesuatu yang tidak kena hampir sebulan selepas jatuh, di mana dia tidak dapat menggerakkan kaki kanannya itu.

"Sebab ayah jatuh terhentak dahi kiri apabila anggota belah kanan yang terjejas, kami sedar ia berkaitan 0tak. Ayah seorang yang sangat cekap dan berpendirian tapi tiba-tiba sangat 'blur' dan perlahan menjawab dalam satu perkataan," jelasnya.
Sementara itu, berkongsi insiden yang berlaku, kata Hanis, semuanya bermula bila bapanya mengalami gangguan ingatan kesan terjatuh bulan lalu.

Menurutnya, ketika insiden itu berlaku bapanya berada dalam keadaan baik dan dilaporkan tiada kecederaan serius.
Namun, sebenarnya, kata Hanis, hentakan pada bahagian kepala itu memberi kesan jangka panjang.

"Apabila melakukan imbasan X-Ray dan CT semuanya baik sahaja. Tetapi selepas dua hingga tiga minggu kemudian ia boleh bertukar menjadi mimpi ngeri terbesar kerana darah telah membanjiri sebahagian besar 0tak," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: