"Baru-baru ini tiba-tiba JKM datang rumah selepas ada aduan dari pihak sana (Hafidz) kononnya saya ab@i dan d£ra anak. Jangan sebab rasa marah pada saya sebelum ini, dia sanggup nak zalimi anak-anak pula.
"Mereka rasa trauma apabila ada orang datang rumah ramai-ramai. Proses itu juga memakan masa lama kerana pihak JKM perlu buat siasatan dan ambil gambar. Kalau betul saya d£ra anak, mereka akan duduk dengan JKM. Sanggup ke dia sebagai bapa lihat perkara itu?"
Demikian kata bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada, dimana dia mendedahkan baru-baru ini rumahnya telah dikunjungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendakwa bekas suaminya itu membuat laporan kononnya anak-anak mereka iaitu Humairah dan Umar, telah diabai dan didera.
Jelas Shuhada, sebagai ibu dia tidak akan tergamak melakukan perkara tersebut kepada dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.
Dalam pada itu, Shuhada yang kesal dengan tindakan tergamak membuat laporan berkenaan itu juga menegaskan, dia tidak menghalang Hafidz untuk datang bertemu dua anak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Kalau dia nak datang jumpa anak boleh berhubung melalui peguam saya. Datang saja bila-bila masa. Kami telah gagal dalam perkahwinan tetapi janganlah bebankan anak-anak yang tidak bersalah.
"Jangan pentingkan diri dan menyulitkan lagi keadaan. Saya juga tertanya-tanya mengapa dia tergamak membuat laporan sebegitu terhadap saya?" ujar Shuhada yang dalam masa sama turut mendedahkan Hafidz turut culas dalam membayar nafkah dua anak mereka.
"Soal nafkah adakalanya dia tidak beri. Mengenai jumlah bayaran nafkah, tanyalah dia sendiri. Dia beri nafkah ikut suka hati dia sahaja," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment