01 November 2023
JANJI NAK KAHWIN, TAPI DITINGGALKAN - PELAKON LELAKI DIDAKWA KAKI KIKIS, HABISKAN HARTA TUNANG
Hangat diperkatakan di media sosial seorang pelakon lelaki yang berlakon dalam filem berkonsep ketenteraan dimana dia didakwa seorang kaki kikis duit wanita.
Memetik Cik Bunga dari Utusan Online, pelakon lelaki berkenaan bukan hanya memperdayakan seorang wanita sahaja, malah sebelum ini tunangnya pun jadi mangsa sehingga beribu duit dihabiskan.
Pelakon itu didakwa berjanji untuk berkahwin dengan tunangnya itu, namun ditinggalkan begitu saja.
"Dengarnya, pelakon itu, selepas dah perhabiskan harta tunang, janji nak kahwin pun hanya tinggal janji. Dia tinggalkan wanita tersebut tanpa umumkan pun mengenai berita tak jadi kahwin itu kepada semua.
"Tup-tup, Cik Bunga dengar dan ternampak pun di media sosial yang si pelakon ini sedang bercinta pula dengan seorang selebriti," tulis Cik Bunga.
Difahamkan, pelakon lelaki terbabit telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengacara wanita yang baru dikenalinya dan mungkin bakal jadi mangsa baru pelakon tersebut.
Dalam kenyataan Utusan Online, Cik Bunga berkata, satu perangai yang orang sering ceritakan mengenai pelakon itu adalah dia tidak akan bercinta dengan wanita yang tidak berduit.
Tambah Cik Bunga, pelakon tersebut berlakon tak semeriah mana dan hidupnya ditanggung oleh wanita yang menjadi kekasihnya selepas tertipu dengan lelaki berkenaan.
Apa yang pasti kasihan dengan wanita yang menjadi mangsa. Agaknya siapa pelakon tersebut ya?
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment