17 October 2023

PUTERI SARAH TAKUT PISANG BERBUAH DUA KALI : "MASIH TERLALU AWAL UNTUK BERCAKAP... TENGOK MACAM MANA DULULAH"



Semua sedia maklum mengenai hubungan mesra yang terjalin antara pelakon Puteri Sarah dengan pelakon Indonesia, Andi Arsyil.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Andi, Puteri Sarah berkata, masih terlalu awal untuk dia berkongsikan mengenai hal tersebut.

Ini kerana akui Puteri Sarah, dia takut serta tidak mahu melalui kegagalan dalam hubungan buat kali kedua.

"Masih terlalu awal untuk bercakap... saya takut juga. Takut pisang berbuah dua kali. Jadi kita tengok macam mana dululah," ujarnya.

Sementara itu, Sarah turut mengulas mengenai kehadiran Andi yang menonton pementesan teater lakonannya, dimana dia berkata, temannya itu hadir adalah sebagai menyokong kariernya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, Andi bukan datang ke Kuala Lumpur seorang diri, sebaliknya ditemani beberapa rakan pasukannya.

"Kami sebagai rakan perniagaan, jadi kita saling menyokong. Kalau ada apa-apa pun, Insya-Allah saya dan tim akan sokong. Lagipun dia bukan datang seorang tapi bersama pasukan dia juga. Kita jemput dia untuk datang tengok," katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga memberitahu, kehadiran Andi itu tidak dirancang, sebaliknya pelakon Indonesia itu kebetulan menghadiri mesyuarat perniagaan di Kuala Lumpur.

"Kami rancang nak buka kilang di sini. Insya-Allah kalau berjalan lancar, kilang akan beropersi di sini. Macam hari itu dia datang Sepahtu Reunion dia ada mesyuarat... kali ini pun sama," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: