"Allahuakbar! Ya Allah ampunkan dosa-dosaku, hamba-Mu yang lemah. Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi masih tak habis-habis dengan kata nist@. Kali ini saya akan ambil tindakan serius kerana dia mencuit keturunan dan keluarga saya.
"Tolong buang Azwan Ali. Jangan sampai saya bawa awak ke mahkamah. Kalau awak rasa awak boleh lepas di mahkamah dunia, saya cakap awak Insya-Allah pembalasan akan sampai.
"Kali ini awak sudah melampau! Saya angkat tangan tinggi mohon Allah beri pembalasan yang setimpal kepada awal. Saya tidak akan ampunkan awak menghin@ keturunan saya. Bal@lah kepada kau Azwan Ali.
Klik untuk gambar besar
Demikian tulis penyanyi Datuk Aishah menerusi laman Instagram miliknya, dimana meluahkan rasa berang serta memberi amaran kepada pengacara sensasi, Azwan Ali yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya di aplikasi X.
Dalam hantaran tersebut, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) yang dimuat naik oleh Azwan Ali.
Tambah Aishah, dia akan mengambil tindakan serius, selain membawa perkara berkenaan ke mahkamah, apatah lagi pengacara itu menyentuh mengenai keturunannya. Malah, penyanyi itu juga memohon agar Allah memberikan balasan kepada Azwan Ali.
Sementara itu, menerusi ruangan komen pada hantaran tersebut, Aishah turut meluahkan rasa hairan kenapa pengacara itu benci sangat melihatnya masih menyanyi untuk mencari rezeki.
"Saya tak faham apa yang dia benci sangat dan marah sangat saya masih menyanyi. Bukan saya minta sedekah dekat dia. Saya cari rezeki cara saya. Tak pernah pun komen pasal dia," katanya lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment