16 October 2023

'TERLEBIH MESRA', PERSEMBAHAN DENGAN MISHA OMAR TERIMA KRITIKAN - NAQIU MINTA MAAF, NAFI SENGAJA RAIH PUBLISITI



Penyanyi Naqiu telah menerima kritikan ramai susulan persembahannya bersama pasangan duetnya, Misha Omar di konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) malam Ahad yang dikatakan terlebih mesra.
Berhubung kritikan tersebut, Naqiu tampil memohon maaf di atas kekhilafannya itu dan berkata, dia hanya sedar akan kesilapannya selepas selesai membuat persembahan.

"Saya mohon maaf atas kekhilafan. Letakkan semua kesalahan pada saya dan bukan pasangan duet, Misha atau sesiapa saja.

"Aksi itu berlaku secara spontan di atas pentas dan saya tidak akan mempertahankan diri untuk mendakwa aksi mesra itu untuk mendapatkan 'feel' dalam nyanyian.

Klik untuk gambar besar
"Saya baru sedar, perkara itu tidak sepatutnya berlaku selepas selesai buat persembahan. Sebagai penyanyi, saya sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti masyarakat kita. Saya sedar ini adalah kesalahan saya," katanya.

Sementara itu, Naqiu menafikan aksi mesra itu sengaja untuk meraih publisiti apatah lagi mereka berdua berstatus suami dan isteri orang.

"Saya ada bermacam cara yang boleh dilakukan untuk dapatkan publisiti, tetapi ini bukan salah satunya. Saya sudah berkecimpung dalam industri hiburan selama 23 tahun dan sudah matang dengan permainannya.
"Saya sudah berkahwin dan ada enam anak. Untuk cipta kontroversi bersama Misha yang juga berstatus isteri orang sangat tidak sesuai," ujarnya.

Tambah Naqiu lagi, aksinya berpimpin tangan dan berpelukan bersama Misha sewaktu mendendangkan lagu 'Aku Dan Dirimu', nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari ini terjadi secara spontan dan tidak dirancang.

"Perkara itu terjadi secara spontan dan tidak dirancang. Semua sedia maklum, persembahan saya sebelum ini memang melebih-lebih.
"Saya cuma mahu memberikan 'mood' kepada Misha sewaktu menyanyi. Tapi kali ini saya sendiri rasa perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Saya akui memang salah saya," jelasnya.

Sementara itu, bapa kepada enam cahaya mata ini juga memberitahu mengenai penerimaan isteri terhadap persembahan yang dipamerkan, dimana isterinya itu memintanya untuk bersedia menerima kecaman netizen.

"Isteri saya okey. Cuma, dia minta saya bersedia dengan kecaman netizen," tutur vokalis kumpulan Boboi itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: