16 October 2023

"KENAPA CAKAP MACAM TU?" - TO'KI KESAL DIPANGGIL PENG£MIS, KELUAR PAR@NG SEBAB NAK PERTAHAN DIRI



"Bayangkan apabila tuan rumah datang pukul 12 tengah malam bawa orang ramai depan rumah memanggil saya pengg£mis... Kenapa cakap macam tu?
"Saya mesti lindungi keluarga saya, ibu mentua saya kena strok dua tahun. Kalau tengah malam datang nak halau saya sampai bawa enam ke lapan orang... untuk lindungi diri saya ambil par@ng."

Demikian jelas penyanyi To'ki menerusi yang mendakwa dia bertindak mengeluarkan sebilah par@ng susulan pemilik rumahnya datang secara berkumpulan untuk menuntut sewa tertunggak.

Penyanyi berusia 58 tahun itu berkongsi hal tersebut menerusi temu bual bersama Melodi, dimana dia turut memberitahu, dia hanya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan kerana tidak dapat bekerja dan perlu menjaga mentua yang sakit serta menafikan tidak membayar bil elektrik didakwa mencecah RM6,000.

"Setiap manusia ada jatuh dan bangun. Sebelum ini saya bayar, cuma dua bulan terakhir ini saya tidak bayar rumah sewa kerana saya jaga mentua.

"Dengan keadaan ekonomi (sekarang), saya bukan tak nak bayar tapi bila ada dakwa saya tak bayar bil elektrik RM6,000 itu tidak benar," katanya yang dalam masa sama juga menafikan dakwaan dia suka membuang sampah merata-rata serta memberitahu ada jiran yang tidak suka dengan dirinya di kawasan tersebut.

"Saya tidak tahu apa masalah manusia ini. Ada seorang jiran ini, saya dah banyak kali cuba buat baik dengannya tapi dia masih tak suka saya. Dia pernah cakap kalau tak sesuai duduk sini, boleh kembali ke dalam hutan... Saya tak hiraukan apa dia cakap," ujarnya.

Kata To'ki lagi, dia mengakui tidak menerima banyak tawaran persembahan sehingga berdepan masalah kewangan, namun tidak tetap mencari jalan untuk menjalankan tanggungjawabnya.

"Saya ada anak yang seorang tingkatan lima dan seorang lagi sudah masuk universiti. Semua ini tanggungjawab banyak pakai duit. Saya perlu jaga ibu mentua lagi. Tapi walaupun susah saya tidak berhutang dengan orang, tak pernah mengg£mis depan orang. Saya kerja cari duit. Saya tak meminta atau mengg£mis," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: