16 October 2023

"SYOMBONG HEBAT KASI TURUN SIKIT DIKKKK... INGAT ASAL-USUL" - HANTARAN LUAHAN ELLY MAZLEIN TARIK PERHATIAN



"Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita sebab niat saya baik untuk memberi laluan kepada orang yang 'gentar' untuk melakukan kerja.
"Jangan gaduh fasal rezeki. Allah dah susun yang terbaik untuk kita semua. Mengalah tak semestinya kita kalah, tapi kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih bahagia."

Demikian tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein, dimana dia memuat naik satu luahan di akaun Instagram Story miliknya, sekaligus menarik perhatian ramai yang tampil memberi pelbagai komen.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, pihak Astro memaklumkan Elly Mazlein telah menarik diri daripada mengacarakan program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10)) seolah-olah sedang mendedahkan punca dirinya tidak bersama dengan dua rakan pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Hantaran yang mencetuskan tanda tanya itu turut menyaksikan Elly meluahkan rasa kesal apabila dirinya 'dipetik' hingga dia terpaksa membuat luahan itu.
"Kita dah elok-elok senyap, rakan pulak sengaja mengusik untuk kita cakap benda busuk bangkai ini.

"Menghukum orang tak habis-habis, supaya diri nampak terpaling baik. Makin terselah kelucuan. Walaupun sehebat mana pun kita, jangan bersikap sombong dan ingat usul," tulisnya lagi.
Perkongsian Elly itu sudah mula menjadi perbincangan dalam kalangan netizen yang mendakwa pengundurannya mempunyai kaitan dengan pengacara program itu.

"Rasanya Nabil yang buat hal. Kak Lina sudah menumpahkan teh. Tokram (Datuk Ramli MS) pula dah terkantoikan sikit tadi," tulis seorang netizen di aplikasi X.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: