"Sebelum ini saya pernah masuk beberapa kali. Saya sempat tengok keadaan rumah dan didapati banyak kerosakan. Ada dua tiga keping cermin pecah dan dinding jangan ceritalah. Memang banyak juga kena keluar duit untuk baiki semuanya.
"Selepas ini saya kena keluarkan kos pula untuk baik pulih rumah. Terdapat banyak kerosakan," itulah jelas tuan rumah dikenali sebagai Liza Mohamad, 46, yang memaklumkan, dia membuat laporan polis terhadap penyanyi To'ki, selepas keadaan rumah disewa penyanyi lagu 'Seni Berzaman' itu dalam keadaan agak teruk.
Menerusi Harian Metro, Liza menjelaskan, keadaan rumah itu kelihatan agak teruk selepas disewa penyanyi itu membabitkan kerosakan di dinding, 'cover' penghawa dingin tercabut dan beberapa cermin tingkap pecah.
Tambahnya, selepas membuat laporan polis dan berlaku insiden menakutkan ketika mahu berbincang, dia tidak pernah lagi berhubung dengan To'ki.
Selain itu, tuan rumah turut berkata, Baitulmal belum lagi menyelesaikan tunggakan rumah RM3,600.
"Selepas perbincangan terakhir tempoh hari, saya dimaklumkan pihak Baitulmal akan selesaikan tunggakan sewa, tapi belum lagi. Malah, To'ki dan isterinya pun diam saja. Memang tidak ada berhubung dengan saya.
"Saya tak akan pergi ke sana sehingga 31 Oktober ini. Saya juga takkan telefon atau mesej. Jadi, kita tunggu sehingga hujung bulan ini, tengok apa jadi," ujarnya.
Terdahulu, To'ki memaklumkan, dia masih menetap di rumah itu dan menunggu makluman daripada pihak Baitulmal berhubung rumah baharu yang bakal disediakan.
Sebelum ini, penyanyi berkenaan dilaporkan tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan dan tertunggak dari Jun hingga September.
Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang mencecah RM7,000. Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri To'ki, namun tidak diendahkan.
Bagaimanapun, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To'ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal.
Difahamkan, pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment