17 October 2023

"BERAT TUDUHAN ITU" - SABRI YUNUS ULAS ISU TUDUHAN NIKAH TIDAK SAH, BERZIN@



"Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzin@. Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan.. siapa yang keliru?
"Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tidak keliru dan 25 hadirin juga tidak keliru," ujar pengarah dan pelakon Sabri Yunus yang mengakui kesal dan terkilan dengan tuduhan seorang ustaz yang mendakwa pernikahannya dengan pelakon Angeline Tan adalah tidak sah.

Kata Sabri, dia menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan berat apabila ustaz berkenaan membuat kesimpulan dia dan pasangannya akan berzin@ jika perkahwinan tidak sah.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Sabri juga berkata, dia tidak menyangka akan timbul isu apabila dia memilih bernikah di Perlis. Jelasnya, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memilih lokasi tersebut.

"Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya, saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah, tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah.
"Jelas wali sebut, aku nikah.. bila qabul sebut setuju. Tentu saja menyambut pada kata nikah itu. Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr. Maza jurunikah kami dan ada bau permusuhan antara mereka," katanya.

Untuk makluman, Sabri dan Angeline dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Maza di kediamannya di Perlis.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: