17 October 2023

SYAHIR MASIH MENETAP BERSAMA KELUARGA - SHILA AMZAH TUNGGU MASA SESUAI BERTEMU IBU



"Saya masih tinggal serumah dengan emak, abang dan adik saya, tapi menuju ke hujung minggu saya akan tinggal bersama kakak (Shila) sebab ingin fokus Famili Duo.
"Tentang isu itu, saya tak ada hak untuk bercakap mengenainya..Ia lebih kepada masalah kakak saya dengan mereka.

"Tapi hubungan saya dengan ahli keluarga termasuh emak masih sama. Saya pegang, keluarga tetap keluarga. Kalau saya komen isu ini tidak akan kemana juga."

Demikian jelas adik kepada Shila Amzah iaitu Amir Syahir yang memberitahu, dia masih lagi tinggal serumah dengan ibu bersama dua adik-beradiknya, meskipun keluarga mereka kini berdepan kemelut.

Kata Syahir, hubungannya dengan ibu serta adik beradik lain tiada masalah, malah dia tidak masuk campur dengan isu yang berlaku antara keluarganya.

Sementara itu, Shila berkata, buat masa ini, dia memilih untuk berdiam diri agar kemelut tersebut segera berakhir, selain menolak untuk bertemu dengan ibu bagi menyelesaikan salah faham tersebut.

"Buat masa ini saya mengambil keputusan berdiam diri dan biarlah perkara ini reda dulu.. Sebab semua perkara memerlukan masa.

"Saya tak nak paksa benda yang tidak sepatutnya berlaku sebab biar benda itu berlaku secara jadi serta berdoa perkara itu segera berlalu.

"Emak mestilah (berjumpa) cuma waktunya bila itu biarlah masa dan jodoh yang menentukan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: