13 October 2023

"SAYA MASIH TUNGGU MAKLUMAN PIHAK BAITULMAL SEBAB MEREKA AKAN CARIKAN RUMAH SEWA BAHARU UNTUK SAYA" - TO'KI



"Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya.
"Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka," jelas penyanyi popular era 90-an, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur.

Bagaimanapun, To'ki, 58, tidak mahu memberi komen berhubung dakwaan dirinya enggan membayar tunggakan sewa rumah mencecah RM3,600 hingga diberikan notis keluar.

Sebelum ini, To'ki didakwa sudah tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan dan kini tertunggak dari Jun sehingga September. Bukan itu sahaja, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang kini mencecah RM7,000.

Selain tunggakan, To'ki turut didakwa mengganggu jiran kerana bertukang di tengah malam, selain membiarkan kawasan persekitaran rumah itu kotor.

Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri To'ki, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.

Meskipun begitu, To'ki telah diberikan kebenaran oleh tuan rumah untuk tinggal di rumah tersebut sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal.

Dalam pada itu, pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: