"Untuk 'orang luar' yang pernah mak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan mak begini. Untuk 'orang luar' yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.
"Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah. Hati mak memang sudah dikisar halus. Mak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia yang mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular."
Demikian tulis ibu kepada Shila Amzah, Fauziah Sarman, dimana dia dilihat telah menyindir suami Shila iaitu pempengaruh mesia sosial, Ubai sebagai orang luar serta mengucapkan terima kasih kerana melayannya seperti ini, sedangkan dia menatangnya seperti anak sendiri.
Terdahulu, Fauziah menerusi perkongsian di Instagram sebelum memadamnya beberapa minit selepas ianya dimuat naik, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Shila yang didakwa tergamak melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment