Baru-baru ini, menerusi beberapa portal hiburan, seorang selebriti popular bersatus suami orang didakwa sedang menjalinkan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.
Berhubung dakwaan itu, ramai yang mengagak lelaki yang dimaksudkan itu adalah pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
Dalam pada itu, bekas isteri Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana ketika ditanya mengenai dakwaan berkenaan itu menegaskan, dia enggan masuk campur atau terbabit dengan urusan peribadi bekas suami lagi termasuk mengulas gosip tersebut.
Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia mendapat tahu mengenai berita hangat ini daripada netizen. Tambahnya lagi, hubungan mereka hanya membabitkan anak-anak hasil perkahwinan lalu.
Klik untuk gambar besar
"Saya sendiri pun tak tahu berkenaan perkara terbabit dan terkejut dengan khabar angin ini. Yang saya tahu, saya sibuk dengan kerja saya, dengan latihan teater. Saya tak nak komen lebih-lebih... itu hal peribadi dia.
"Hal itu tiada kena mengena dengan saya.... yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja," kata Puteri Sarah yang turut memberitahu, tumpuannya sekarang terarah kepada mencari rezeki menerusi perniagaan dan lakonan.
"Saya tak kenal siapa wanita terbabit. Saya baru tahu hari ini.... saya sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus dengan latihan.
"Jadi hari ini saya tengok dekat komen saya banjir... komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.
"Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa. Yang lain semua saya tak nak tahu," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.
Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment