14 October 2023

"SAYA MOHON MAAF JIKA PERNYATAAN DALAM TEMU BUAL BUAT AWAK TERASA, SAYANG..." - ALIFF AZIZ AKUI TIADA NIAT BUAT BELLA ASTILLAH KECEWA



"Di tengah-tengah hura-hara mengenai isu beberapa hari lalu, saya mohon maaf jika pernyataan dalam temu bual sebelum ini menyakiti atau buat awak terasa, sayang.
"Saya tidak berniat untuk membuat awak kecewa. Awak adalah penyokong saya dan benar-benar mengubah saya ke arah lebih baik. Meskipun melalui semua kemelut ini, saya tetap mencintai awak dengan mendalam.

"Saya berharap kita sentiasa terbuka untuk belajar dan mengakui perbuatan kita. Semoga Allah mudahkan kita melalui masa yang sukar bersama," demikian tulis penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram.

Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran itu, Aliff tampil memohon maaf kepada isterinya, Bella Astillah susulan kenyataan yang dikeluarkannya dalam sesi temu bual baru-baru ini mengenai kehadiran pelakon Sophia Albarakbah di konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV - GV10) sehingga membuatkan isterinya terluka atau terasa.

Sebelum ini, Bella menerusi kenyataan di Insta Story telah mempersoalkan mengapa suaminya itu perlu menjaga pihak lain kerana bukankah sepatutnya perasaan isteri perlu diberi keutamaan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: