"Salah adik nak serang ni. I'm working since I was 13, sara diri started 15, betul-betul rasa kelakar baca comment 😂 post bank statement kata riak pula."
Itulah tulis penyanyi Syada Amzah yang tampil menafikan tuduhan netizen bahawa dia hanya mengharapkan hasil pendapatan kakaknya, penyanyi Shila Amzah, susulan kontroversi terpalit dirinya serta adik-beradiknya.
Menerusi komen di TikTok, Syada menjelaskan, dia sudah mula bekerja sejak usia 13 tahun, malah tidak lagi bergantung kepada orang lain serta menyara diri pada ketika dia di tingkatan 3.
Klik untuk gambar besar
Tambah Syada lagi, dia tidak teragak-agak berkongsikan penyata bank kepada umum, namun bimbang akan dituduh riak pula.
Sebelum ini, Shila memberitahu, rumah tersebut adalah dibawah namanya dan dia mahu menjual kediaman berkenaan kerana mahu mencari rumah yang lebih selesa buat keluarganya.
Dalam pada itu, Shila turut menegaskan, dia terpaksa menggunakan kuasa veto memandangkan dia kini bertindak sebagai ketua keluarga serta mempersoalkan mengapa dirinya dilihat bersalah sedangkan mahu yang terbaik buat keluarga.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment