13 October 2023

ASTRO SUDAH SELESAIKAN WANG TERTUNGGAK RM10,000 - KELUARGA ARWAH HAMID GURKHA LUAH RASA SYUKUR



Semua sedia maklum mengenai keluhan keluarga pelakon dan pelawak legenda, Allahyarham Hamid Gurkha yang masih menanti wang kemenangan berjumlah RM10,000 dari Astro yang tertunggak sejak tahun lalu sehingga sekarang.
Namun kini, keluarga Allahyarham Hamid Gurkha meluahkan rasa syukur apabila pihak Astro akhirnya sudah menyelesaikan tunggakan tersebut.

"Mak dan kami sekeluarga ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Harian Metro dan peminat yang menyokong.

"Mak melahirkan kesyukuran kerana segalanya dah selesai. Semoga arwah tenang di sana. Aamiin... itu yang penting bagi dia.

"Kami belum ada apa-apa perancangan pun untuk duit itu. Kami suruh mak simpan buat sakit pening dia," kata anak ketujuh arwah Hamis Gurkha iaitu Nor Azian yang berkongsi berita gembira itu.

Jelasnya lagi, mereka turut bercadang menggunakan wang ini untuk mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, namun belum ada ketetapan tarikhnya lagi.

Terdahulu, arwah Hamid Gurkha diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP (AME) 2021 yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu dan menerima wang berjumlah RM10,000.

Selepas itu, keluarga Allahyarham menunggu wang kemenangan yang belum lagi diberikan sehinggalah bapanya meninggal dunia pada 14 Jun tahun lalu. Keadaan ini sekali gus membuatkan mereka terlupa akan wang itu yang belum diterima.

Namun, apabila ibunya teringat perkara ini, mereka merujuk kepada Astro dan diminta menyediakan pelbagai dokumen sebagai bukti tuntutan.

Perkara ini mendapat perhatian Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh yang berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: