"Ada yang kata saya kahwin dengan Tok Ram sebab kaya, tolong fikir-fikirkanlah. Sebab saya pun ada harta saya sendiri, saya bukanlah datang dari kelapa sawit, pokok getah, ada yang tag saya berkata begitu.
"Allah beri saya rezeki untuk saya sendiri. Suami saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan saya sebab memang jodoh Allah."
Demikian kata Datin Alyah menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, dimana penyanyi itu menafikan dakwaan dia berkahwin dengan maestro terkenal tanah air, Ramli MS atau Tok Ram kerana harta dan kekayaan dimilikinya.
Klik untuk gambar besar
Mendedahkan dia pernah menerima pertanyaan itu daripada netizen, Alyah turut memberitahu, dia bukan datang daripada keluarga yang susah, sebaliknya dia juga mempunyai harta sendiri.
Dalam pada itu, Alyah berkata, dalam rumah tangga tiada yang menang atau salah dan perkahwinan itu 'mahal' terletak pada keharmonian dan ketenangan.
"Pada saya mahalnya sesebuah perkahwinan itu terletak pada keharmonian dan ketenangan. Itu yang susah nak dapat.
"Apa yang saya nak bawa dalam rumah tangga ini adalah amalan-amalan saya, sebab esok lusa tak tahu siapa yang pergi dulu (meninggal dunia), tak semestinya yang berusia itu pergi dulu.
"Saya juga pernah membuat kesilapan sebelum ini, keselipan itu yang membuatkan saya belajar banyak perkara, tapi janganlah ulangi kesilapan itu berulang ulang kali," ujarnya.
Untuk makluman, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia. Pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment